SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lok Yu (1) terletak
di tepi jalan raya di sebuah perkampungan, sejauh 5 km dari Pekan Benut dan 22
km dari Bandar Pontian. Penduduk kawasan perkampungan ini sebahagian besarnya
terdiri daripada kaum Melayu. Penghuni Cina kebanyakannya adalah berasal dari
Negeri China.
Pada awalnya, sekolah ini adalah merupakan sebuah
sekolah cawangan daripada SJK (C) Lok York yang bertempat di Pekan Benut. Ini
bertempoh dari tahun 1947 sehingga 1955. Dengan demikian sekolah ini
memperolehi namanya sebagai Sekolah Lok Yu (1). Pada masa itu, bangunannya
diperbuat daripada papan dan bumbung atap. Sekolah pada masa itu hanya mampu
menampung seramai 30 orang murid, terdiri daripada murid-murid Darjah 1 hingga
Darjah 4. Manakala murid-murid Darjah 5 dan Darjah 6 pula ditempatkan di
sekolah pusat iaitu SJK (C) Lok York. Namum, pengasingan murid-murid ini di dua
sekolah yang berlainan telah menimbulkan pelbagai masalah baik dari segi
pentadbiran mahupun dari segi pengangkutan.
Menyedari tentang kepentingan sebuah institusi untuk
memberi pendidikan kepada anak-anak, maka pada tahun 1955, penduduk di kawasan
ini telah bertindak bekerjasama untuk mengutip derma supaya menubuhkan sebuah
sekolah. En. Neo Su Lim, En. Ho Bing Teck, En. Chan Ser Chee, En. Loh Hing
Chang dan En. Cheng Kang Hoo telah berjaya membeli sebidang tanah seluas 2 ekar
daripada seorang penduduk tempatan, Tn. Hj. Achuk. Dengan itu, sebuah bangunan
separuh batu telah didirikan pada 1957. Mulai tahun tersebut, sekolah ini sudah
mampu menampung murid-murid dari Darjah 1 hingga Darjah 6, yang ketika itu
berjumlah seramai 87 orang. Guru Besar pada masa tersebut ialah En. Seow Kheng
Kok.
No comments:
Post a Comment